Monday 26 December 2011

SIAPA PEMAIN IMPORT KE-4 KELANTAN | MISTERI PEMAIN JERSI 21 TRW TERJAWAB?

SIAPA PEMAIN IMPORT KE-4 KELANTAN? | MISTERI PEMAIN JERSI 21 TRW TERJAWAB | Ramai yang tertanya-tanya siapakah pemain import yang bakal menyarung jersi no. 21 Kelantan musim 2012. Khabar angin kononnya pemain import berkenaan dari England ternyata meleset apabila The Red Warriors mempersembahkan bintang import berkenaan semasa perlawanan menentang Maldives tempohari.
Zakaria Charara (25 tahun) – Lebanon, merupakan bekas rakan sepasukan seorang lagi pemain import Kelantan, Mahmoud Ghadar di kelab Nejmeh pada tahun 2007-2009. Pemain yang mampu beraksi di posisi tengah dan juga sayap ini memberikan aksi terpuji ketika Kelantan menundukkan Maldives 2-1. Salah satu gol yang dijaringkan oleh Antwi merupakan hasil hantaran bijak Zakaria Charara. Adakah pemain ini sah menyertai Kelantan? Ke Kelantan masih ada pilihan lain? Semua itu kita serahkan pada pihak pengurusan TRW. Semoga Skuad Kelantan 2012 lebih mantap dan mencatatkan keputusan yang lebih membanggakan.

No comments:

Post a Comment